Thursday, 22 March 2018

Kepentingan vitamin C


Vitamin C amat penting untuk tubuh badan dan kita tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C terlalu lama kerana ianya akan berkurangan semasa kita melakukan aktiviti seharian. Oleh itu, ia perlukan penambahan yang berterusan. 


Antara *kepentingan Vitamin C* pada tubuh ialah :


🌸 Membantu dalam penghasilan kolagen

🌸 Melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif

🌸 Melindungi dari sinaran uv

🌸 Agen penyembuhan luka

🌸 Meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian

🌸 Menstabilkan paras darah

🌸 Membantu penyerapan zat besi


Vitamin C adalah suplemen yang selamat digunakan. Jika berlebihan dalam tubuh, ia akan dikeluarkan melalui air kencing. Ini kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air.


No comments:

Post a Comment